WELCOME

:: MUSAFIRAH DI DUNIA YANG SEMENTARA ::

MUSLIMAT

Tuesday, August 9, 2011

salam Ramadhan...

semoga tarbiyyah yg kuperolehi dalam Ramadhan almubarak ini 
menjadikan diri ini hamba Allah yg lebih baik..
Allahurabbi....

Sunday, May 1, 2011

Penangan usrah terakhir

Alhamdulillah,
tanggal 1 Mei saya dan sahabat2 diberi kesempatan sekali lagi bersama dalam sebuah usrah
yang mana naqibahnya merupakan kakak kesayangan kami...selama 2 semester berusrah bersama
banyak sangat kenangan manis yang tercoret, pengalaman ditarbiyah , pengalaman muhasabah....
sungguh kenangan2 itu pasti akan dirindui, dan yang paling dirindui pasti akak naqibah yang satu ne....

istimewanya usrah terakhir, memberi momentum kesedaran yg begitu tinggi bagi kami,
yang selama ini mungkin lalai dan leka, tidur dalam lamunan kealpaan...
mempersiakan hati dan perasaan sahabat,
lupa janji2 yang pernah ditaburkan dulu, masyaAllah....

moga muhasabah semalam membawa kami kembali ke alam  realiti,
janji yang dibuat saat itu moga tersimpul rapi,
jadi azimat bekalan menghadapi hari mendatang,

Ya Allah satukanlah hati2 kami,
dalam mengharungi perjalanan ini,
kuatkan iman kami redhailah langkah kami,

moga ikatan ukhwah akan bersimpul padu,
memberi erti dalam coretan hidup mujahidah,
saling menyayangi dan mempercayai sepertimana menyayangi diri sendiri,
menelan segala kepahitan perjuangan bersama,
susah dan senang bersama berkongsi segala suka dan duka bersama...
dan persaudaraan ini yang dilandaskan kerana Aqidah,
moga kekal ke akhirnya...

Saturday, April 30, 2011

coretan buat sahabat yang disayangi...

pasti sekarang dirimu dalam kekusutan,
dengan pelbagai permasalahan yang menduga kesabaran,
ku doakan dirimu tabah, sabar dan redha,
lumrah hidup sebagai pejuang,
pasti pelbagai onak dan duri harus ditempuhi.....

Duhai sahabat...
kembalilah kita memohon diberi secebis kekuatan,
dari Ya Qawiy Yang Maha Kuat,
Ya Basith Yang Maha Melapangkan, 
Agar disebalik dugaan dan rintangan ini, 
ada tarbiyyah yang dapat kita kutip,
menjadi bekalan dalam hidup kita sebagai seorang daie..

Duhai sahabat yang disayangi, 
ujian ini jauh lebih kecil dari ujian yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah,                                                      juga para sahabat serta mereka yang berada di landasan perjuangan Islam,       
 mereka berdepan dengan pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan,                        
yang berliku dan menguji tahap kekuatan iman,                                                       
sama ada kita sedar atau pun tidak, mahu atau tidak mahu,                                   
jalan ini yang perlu kita tempuhi, ujian sebagai sunatullah..
yang pelu kita lalui dengan jiwa yang besar dan iman yang tinggi...

Duhai sahabat, 
ingat x lagi ayat yang pernah kita tadabur bersama, 
Al-Quran menjelaskan ujian ini pasti berlaku demi untuk menguji keyakinan dan keimanan seseorang hamba Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud: 

“Alif, Laam, Miim.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut: 1 – 2)

FirmanNya lagi yang bermaksud:

 “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

ku akhiri coretan ini dengan ungkapan dari kalam Allah,                                        
sebagai peringatan buat kita bersama terutamya diriku yang amat2 dhaif ini,    
ingatlah dengan janji Allah SWT...

 "Hai orang orang yang beriman,sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNYa dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagimu apabila kamu mengetahui" As Saff:10-11 

moga kita thabat dan istiqamah dalam perjuangan yang mulia ini...
bangkitkan jihadmu wahai para mujahid/ah Islam...

Thursday, April 28, 2011

selamat hari ulang tahun, abah sayang....

Alhamdulillah...

Dikesempatan ini Allah beri kesempatan untuk saya meluahkan sedikit coretan buat abah yang tercinta,
walaupun esok masih ada perjuangan di medan peperiksaan yang  perlu diteruskan...

Tanggal 28 April setiap tahun tidak pernah kulupakan untuk ku titipkan sekudus doa buat insan yang dikasihi... Abah,...  yang banyak pengorbanannya  selama ini, yang tidak putus2 memberi semangat dan menggembirakan hatiku, dikala hati ini sentiasa sarat dengan  kecelaruan, nasihat abah mendamaikan hati meredakan keresahan.

Teringat kenangan lalu, zaman kenakalan kami adik beradik..tercurah juga air mata lelaki itu melihat kami yang pelbagai kerenah, namun  abah sentiasa sabar mendidik kami, tetap sabar menyediakan segala kelengkapan persekolahan kami, sehingga anak mu ini pelik, bagaimana abah sekuat itu menghadapi ragam 8 beradik ini, disamping ekonomi keluarga yang kurang stabil, namun abah berusaha untuk tunaikan kehendak anak2mu.. yang selalunya x faham dengan keletihanmu..

Terima kasih abah yang sanggup menemani malamku di saat sibuk study lewat malam sebab  nak exam, yang berusaha menbeli sebuah kereta semata-mata nak menghantar ku ke matrikulasi suatu ketika dulu, yang sanggup menghantar ku pulang ke universiti di kala ketinggalan bas, yang tidak lena tidur di kala aku mengadu x sedap badan... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, yang mengalirkan sifat kasih sayang kepada seorang insan yang amat kusayangi....berkati usianya, ampunkan dosanya, limpahkan rahmat dan redha-Mu kepadanya...

Abah...
anakmu ini sentiasa mendoakan ketabahan hatimu menempuhi saki baki hidup ini, moga terus mendekatkan diri kepada Tuhan, semoga Allah mempertemukan kita di sana...doakan juga anakmu ini menjadi anak yg solehah yang akan selalu mendoakanmu...

Abah kesayanganku....

Saturday, April 16, 2011

Permulaan sebuah fikiran..

Bermula dengan sebuah fikiran…
Yang punya  jelas arah dan tujuan…
Kembara musafir insan…
Kini di atas titian perjuangan…

Benih subur kian melata…
Dan pucuknya mula bercambah kian berbunga…
Di dasari teguhnya pohon keimanan…
Dedauan kasih sayang merimbun membaluti kehidupan...

Dan bunga itu… terus mewangi…
Hasil keringat mujahid sejati..
Yakin dengan janji hadirnya sebuah pelangi kemenangan…
Dan menikmati izzah sebuah episod perjuangan…

Suatu ketika ranting itu sering diuji…
Dengan tangan yang ingin memusnahi..
Namun bersendikan   ghayah dan hadaf… 
yang bersatu di atas prinsip sebuah perjuangan…
dengan keazaman keteguhan terus dipertahankan…
kesatuan hati dan tindakan mengharap redha Tuhan…

suatu ketika kan tersenyum hati sang pengembara..
helaan nafas lega walau jasad kian lemah..
kerana sebuah persoalan yang dulunya mejadi keresahan..
kini punya bekalan sebagai jawapan…
dan hakikat sebuah kehidupan..
kembali untuk bertemu dalam keredhaan..

Friday, April 8, 2011

TAFAKUR SEORANG HAMBA

Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi

Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana

Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya

Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam

Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa

Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya..

Lagu & Lirik: Hasrizal Abdul Jamil

Usah terlalu memikir hal kecil!!

 salam muhasabah...

 pesanan untuk diri...
 jangan terlalu memikirkan hal2 kecil sehingga kau lupa hal yang lebih besar..
 jangan terlalu memikirkan hal2 kecil sehingga tergendala gerak kerja mu..
 ya, kamu ada emosi dan kamu wanita yang sensitif, 
 tapi gunakan ia dengan cara yang betul,
 sensitiflah terhadap masalah umat, sensitiflah terhada perkara2 munkar..

 wahai diri...
 bermujahadahlah engkau melawan hawa nafsumu,
 mantapkan tarbiyah dan tingkatkan thaqofah,
 kerana engkau bukan siapa2 jika Allah tidak memilihmu..

 wahai diri..
 tahanlah dengan ujian ini, kerana ujian ini adalah nikmat dari-Nya,
 ruang untuk kau muhasabah diri, untuk kau kembali mendekatkan diri pd-Nya,
 wasilah untuk kau perbaiki kesilapan lalu,
 medan untuk kau bermujahadah, kesempatan untuk kau beruzlah..
 wahai diri...
 besarkan jiwamu kerana kau kini berdepan dengan musuh,
 musuh nyata dan tersembunyi, yang memerlukan jiwa yang kental ,
 tidak gentar mengharungi ombak samudera perjuangan, 
 tidak hanyut dilanda badai mehnah , tidak pincang bila digertak....

 wahai diri...
 ayuh , bangun! bangkit! ini medan sebenar untuk kau uji kekuatan jiwa mu....

Wednesday, October 20, 2010

Jatuh , Bangun , tersungkur kembali...namun bangkitlah wahai mujahidah!

 salam perjuangan buat sahabat yang disayangi..

Benar, jalan ini bukan mudah...jalan ini ialah sunnah perjuangan baginda Rasulullah saw...
Begitu hebat baginda apabila di uji dengan pelbagai mehnah tetap sabar dan istiqamah...
Pedoman ini untuk siapa? bukankah untuk kita, penyambung mata rantai perjuangan Islam...

Benar, iman kita tidak sehebat baginda bahkan para sahabat baginda juga,.. 
Kekuatan iman dan akidah telah memberi satu keyakinan dan kecintaan yang tinggi untuk berkorban di jalan Allah....
hidup terhina tetapi mulia pada pandangan Allah dan Rasulnya....

Sirah Rasulullah mengajar erti perjuangan, pengorbanan dan ketaqwaan...
Mengalirkan semangat untuk meneruskan kesinambungan dakwah...
Mendidik kita untuk selalu berfikir tentang ummah, tentang amanah sebagai hamba Allah...

Namun kita hari ini bagaimana?
khusus untuk diri yang amat dhaif ini,
terasa begitu banyak masa yang berlalu tanpa digunakan untuk perjuangan Islam,
terlalu banyak bicara yang keluar bukan untuk berbincang tentang permasalahn ummah..
terlalu banyak masa dihabiskan untuk memenuhi tuntutan duniawi, membelai permasalahan diri....
terlalu megikut hati dan perasaan , selalu beralasan!

Hinanya diri ini kerana masih mementingkan diri sendiri,
Hinanya diri ini kerana masih kurang beribadah kepadaMU,
Hinanya diri ini kerana pernah berasa lelah dengan semua ini,
Sedangkan ujian ini hanya sekelumit dari apa yang pernah dilalui
junjungan mulia Rasulullah.....
Ujian ini tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya....
 .

Sahabat2 ku yang dikasihi, diri ini memerlukan kalian untuk menasihati, 
menegur segala kekhilafan diri , 
Jangan biarkan aku rasa keseorangan kerana aku memerlukan kalian....
Jadikanlah setiap pertemuan kita kerana Allah, moga  kita kuat untuk berjuang...

Ya Allah, pandulah hati ini menuju redha-Mu,
Hadirkan rasa takutku dengan siksaan-Mu,
Berikan hamba kekuatan untuk bermujahadah di jalan dakwah ini..

Astaghfirullah.............

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan...

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak, bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan.
sebagai hamba yg serba dhaif ini, marilah kita bersama-sama menghayati kehadiran Ramadhan kali ini dgn penuh keinsafan...berazamlah untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah...semoga kesempatan yg kita perolehi ini dapat menebus kekurangan pada tahun2 yg lalu...
  
Alhamdulillah, kita terpilih untuk bersama2 meraikan 1 Ramadhan..namun kita juga harus sedar ramai insan lain yg tidak sempat untuk merasai keindahan Ramadhan yg mulia ini..Mereka di jemput Allah terlebih dahulu..
namun bagaimana pula nasib kita, sempatkah kita menelusuri setiap nikmat yang dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan?? wallahua'lam....

Marilah kita menyingkap kembali keindahan yg telah Allah janjikan...
seperti yg telah dikatakan Rasulullah saw melalui sabda beliau....

  '' Malam pertama d bulan Ramadhan dibukalah pintu syurga dan tidak ditutup satu pintu pun selama sebulan penuh. Dan ditutupnya pintu neraka  dan tidak dibuka satu pintu pun selama satu bulan penuh.
Dibelenggunya jin dan seseorng memanggil d setiap malam dari langit sehingga terbitnya pagi, dia berkata, "wahai, org yg menginginkan kebaikan, tancapkanlah niat dan berilah khabar gembira , wahai org yg menginginkan keburukan cegah dan jauhkanlah, apakah ada org yg mencari ampunan yg diampuni? orang yg mencari taubat dan dberikan taubat kpdanya? org yg bdoa dan dkabulkan doanya? org yg meminta lalu dkabulkan permintaannya? sungguh Allah swt. akan membebaskan setiap waktu berbuka puasa d setiap malamnya manusia dr siksa api neraka sebanyak enam puluh ribu, pada hari bbuka puasa Allah membebaskannya spt Dia membebaskan dalam bulan-bulan lainnya sebanyak tiga puluh kali..."

 sabda baginda juga mengatakan,

"syurga berhias dr tahun ke tahun untuk memasuki bulan Ramadhan. Jika pd malam pertama angin bertiup dr bawah Arsy, lalu daun-daun saling bertepuk terdengarlah suara yg indah belum pernah didengar oleh org2 sebelumnya, dan muncullah  bidadari bmata jeli yg bkumpul d pintu syurga. Mereka berkata , ' wahai, Ridhwan, malam apakah yg mulia ini? ' lalu ia menjawab dgn ucapan, ' wahai org yg membawa kebaikan  dan keindahan, inilah malam pertama  d bulan Ramadhan yg dibukanya pintu syurga.."

sahabat2, samalah kita menghidupkan Ramadhan kali ini dengan  dgn amal ibadah yg bkualiti insyaAllah...sambutlah Ramadhan dgn gembira n ceria d mana kita melalui fasa pembentukan pembangunan dan pemtarbiyahan...

Saturday, July 31, 2010

UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN???

KEMENTERRIAN Pelajaran dikatakan sedang mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pernilian Sekolah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini mendudukki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Cadangan itu bertujuan mengubah sistem peperiksaan negara yang kini terlalu berorentasikan peperkisaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh dan mempunyai keterempilan tinggi sukar dicapai.

Menurut Kementerian, jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu lebih yang lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holostik tidak akan tercapai sepenuhnya. Kementerian berpandapat, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk mengubah sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum pada peringkat sekolah.
Menteri Pelajaran juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem pendidikan yang cenderung kepada peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar pula terlalu menumpukan usaha cemerlang dalam peperksaan awal perseolahan saja tanpa memperduli kegiatan lain yang juga penting seperti sukan dan kegiatan berpesatuan yang boleh membina watak individu yang berjaya.
Kata beliau lagi, kedu-dua peperkisaan mungkin boleh diteruskan tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan pernilaian pencapaian pelajar pada peringkat sekolah saja. Menurut Muhyiddin, kementerian sedang menimbangkan sama ada mengekalkan atau perlu hanya ada hanya satu saja peperiksaan awam contohnya SPM dan menghapuskan PMR dan UPSR.
Cadangan kementerian mendapat rekasi positif dari banyak kalangan pendidik dan proffesional Melayu. Namun, tidak kurang juga skeptikal dan mempertikai adakah wajar kedua- dua peperkisaan UPSR dan PMR dihapuskan atau hanya mengenepikan UPSR saja dan mengekalkan PMR dan SPM sebagai peperkisaan teras yang diberi perhatian dan diutamakan.
Penulis berpandapat, PMR boleh dimansuhkan tetapi UPSR dan SPM perlu dikekalkan kerana pernilaian murid sebelum memasukki alam persekolahan perlu melalui dua alam persekolahan yang perlu dinilai sewajarnya; rendah dan menengah. PMR boleh dketepikan kerana ia boleh dimasukkan dalam pernialaian sekolah menengah yang boleh dinilai terus dalam SPM saja.
Di Singapura PMR tidak diperkenalkan dan murid-murid di Tingkatan Tiga terus mengambil Sijil Pelajaran Singapura atau peperiksaan O Level (sama seperti SPM) di Tingakatan Empat (di sana dipanggil Menengah Empat. Tetapi UPSR dimestikan untuk mengasingkan murid-muird yang cemerlang dengan murid-murid yang kurang pandai.
Di sini, PMR seharusnya dikekalkan kerana sistem pelajaran dan tahap persekolahan murid di peringkat rendah adalah berbeza dengan tahap persekolahan menengah yang perlu diperhatikan dan diasingkan kebolehan murid-murid itu mengikut kelulusan PMR mereka. Murid-muird yang ingin memasukki sekolah menengah harus dinilai sewajarnya sebagai perkiraan awal kebolehan murid yang benar-benar cemerlang dan layak dengan murid-murid yang kurang cemerlang untuk memasukki asrama penuh atau sekolah berpresitej.
Jika tiada UPSR, dikhuatiri murid yang cemerlang masih duduk dalam darjah yang sama bersama murid yang kurang cemerlang kerana tiada pernilaian wajar yang membezakan kebolehan mereka. Dengan adanya UPSR, murid yang pandai boleh terus meneruskan pelajaran di sekolah asrama penuh atau Maktab Sains Mara atau sekolah ternama yang bertradisi bagi meneruskan pendidikan mereka dalam suasana kelas menengah yang kompetitif. Pelajaran di peringkat sekolah menengah pasti berbeza dengan sistem persekolahan di peringat rendah yang umumnya lebih rendah dan kurang mencabar. JIka tiada pernilaian peperiksaan sekolah rendah, murid-murid yang pintar tidak berpeluang belajar di sekolah berperisiitej atau maktab ternama kerana mereka tidak melaluli UPSR untuk menilai kebolehan dan prestasi sebenar mereka dalam persekolahan di peringhat rendah.
Cadangan supaya diwujudkan peperiksaan dalaman sekolah bagi menilai sendiri murid-murid dengan memansuhkan UPSR sukar diterima kerana pernilaian setiap sekolah pasti berbeza dengan pernialain umum kementerian yang lebih diakui dan muktamad. Ia juga menimbulkan kekeliruan kerana sistem itu dinilai dalaman oleh guru besar dan kalangan guru sekolah yang diragui kebolehan dan kewajaran nilaian mereka. Adalah lebih baik kementerian saja yang mengendalikan peperiksan di semua sekolah dikenal dengan nama UPSR atau SPM saja.
Tujuan kementerian menghapuskan UPSR atau PMR dengan matlamat mengubah sistem pendidikan dari yang berorentasikan peperiksaan dan hafalan kepada sistem persekolahan yang boleh melahirkan murid yang kreatif dan modal insan yang berkualiti sebenarnya boleh dilaksankan dengan memperkenalkan beberapa subjek baru tertentu yang menjurus kepada melahirkan insan yang kreatif. Contohnya mereka diperkenalkan mata pelajaran yang menekankan mereka supaya lebih berkebolehan mencipta idea baru atau memberi kebebasan berfikir dan berinovasi bagi melahirkan daya ciptaan baru yang kreatif dan inovatif.
Kementerian juga boleh memperkenal subjek yang tidak menekan pengetahuan kepada peperiksaan atau hafalan tetapi kepada ujian praktikal dan teori yang menuntut kebolehan sebenar kreatiiviti murid dalam subjek tertentu yang tidak dikongkong seperti ICT dan grafik design. Penekanan kepada bahasa Inggeris perlu diutamakan untuk melahirkan insan yang boleh pergi jauh dan dikenali dunia kerana bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa utama dunia. Dengan kemahiran berkreatif dan berinovasi di samping kebolehan berbahasa Inggeris yang baik watak murid lebih cemerlang boleh dketengahkan ke dunia anatarabangsa jika mereka layak dan diterima mewaklli negara dalam pertandingan tertentu.
Di Amerika Syarikat, ahli sukan terkemuka di kesan dari peringkat awal persekolahan mereka. Mereka tidak cemerlang dan mungkin gagal dalam pelajaran tetapi diberi latihan insentif jika didapati berbakat dan berpotensi untuk cemerlang dalam sukan tertentu bagi mewakilli negara. Pengerusi Microsoft dan Billionair terkemuka dunia, Bill Gates tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi boleh mencipta kekayaan dan kemashyuran hasil dari bakat keratif dan inovatifnya dalam bidang komputer yang tidak pernah dibayangkan manusia lain.
Negara juga perlu menurut langkah mereka ini dengan mencipta dan menghasilkan kalangan rakyat yang kreatif dan pintar dalam sesuatu bidang tanpa perlu melalui sistem peperiksaan yang remeh dan rutin. Apa yang diperlukan ialah satu sistem persekolahan yang mentikberatkan bakat dan kebolehan sesorang inidividu dalam bidang yang dikuasai dengan diberi latihan serta perhatian secukupnya bagi mereka mencapai kecemerlangan dalam bidangnya yang mungkin boleh mengharumkan nama negara.

http://www.detikdaily.net

Friday, July 30, 2010

MUHASABAH DIRI

Sahabat-sahabatku yang dikasihi………
Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah penghisabannya di Hari Pembalasan.
Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat.
Sebagai panduan Imam Al Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah atau peringkat untuk bermuhasabah seperti mana berikut:

Marhalah Pertama: Al Musyarothoh
Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.

Marhalah Kedua: Al Murokobah
Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya.

Marhalah Ketiga: Al Muhasabah
Apabila seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat diatas perkara tersebut. Sekiranya, kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.

Marhalah Keempat: Al Muakobah
Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.
Diriwayatkan bahawa SaidianUmar Al Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.

Marhalah Kelima: Al Mujahadah
Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur di pertengahan jalan.

Seruanku buat sahabat-sahabat yang dikasihi, segeralah bermuhasabah serta ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang solihin. Amin.

Wednesday, June 23, 2010

:: Sahabat, berukhuwwah kerana ALLAH..::

wasiat al-Qamah kepada anaknya

Katanya: “Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

“Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

“Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.

“Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.”

Monday, June 14, 2010

~ Mawar Mujahidah ~

Duhai si Mawar idaman,
Mekarlah dikau di taman Islam,
Dipagari rasa berTuhan,
Dihiasi akhlak dan Iman,
Kerana disitulah ukuran,
Jelitanya seorang perawan...

Duhai si Mawar idaman,
Dirimu terhias dgn sebaik ciptaan,
Maka jadikanlah dirimu nisa',
menjadi mujahidah kepada agamamu,
jihad di jalan Allah matlamatmu,
Jadikanlah dirimu antara fatayat yg dijulang,
Cantik dipandang tetapi susah dipegang,
Kerana kaulah insan gemilang...

Duhai si Mawar idaman,
jadikanlah dirimu gadis yg tidak pernah kalah,
Deangan redup panahan mata si Adam,
Biar nafsumu hidup di dalam Tarbiyah,
Dan tenang di jalan Dakwah,
Bertintakan darah dan air mata perjuangan,
Dititipkan atas warkah penuh kemuliaan,
Dan dikirimkan Untuk Mujahidah menuju Allah...

-----@-------@-------@------@-------@-------@------@

Monday, June 7, 2010

~ Pesanan LUQMANUL HAKIM ~

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah
kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan
bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia
telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu
masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu
akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan.
Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani
melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau
berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu
lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi
amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Allah-Lafaz Yang Maha Besar dan Maha Agung

Ar-Rahmaan-Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahiim-Yang Maha Penyayang.
Al Maalik Yang Maha Menguasai.
Al Qudduus Yang Maha Suci.
As Salaam Yang Maha Sejahtera.
Al Mu'miin Yang Maha Pengaman.
Al Muhaimin Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
Al 'Aziiz Yang Maha Mulia.
Al Jabbaar Yang Maha Berkuasa.
Al Mutakabbir Yang Maha Agung.
Al Khaaliq Yang Maha Pencipta.
Al Baari' Yang Maha Mengadakan.
Al Mushowwir Yang Maha Pembentuk rupa.
Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
Al Wahhaab Yang Maha Pengurnia.
Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Fattaah Yang Maha Membukakan.
Al 'Aliim Yang Maha Mengetahui.
Al Qaabidh Yang Maha Menyempitkan.
Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
Al Khaafidh Yang Maha Menjatuhkan.
Ar Raafi' Yang Maha Mengangkat.
Al Mu'izz Yang Maha Memberi Kemuliaan.
Al Muzill Yang Maha Memberi Kehinaan.
As Saami' Yang Maha Mendengar.
Al Baashir Yang Maha Melihat.
Al Haakim Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al 'Adl yang Maha Adil.
Al Lathiif Yang Maha Lemah Lembut.
Al Khabiir Yang Maha Amat Mengetahui.
Al Haliim Yang Maha Penyantun.
Al 'Azhiim Yang Maha Agung.
Al Ghafuur Yang Maha Pengampun.
Al Syakuur Yang Maha Menghargai.
Al 'Aliyy Yang Maha Tinggi.
Al Kabiir Yang Maha Besar.
Al Hafiizh Yang Maha Memelihara.
Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan.
Al Hasiib Yang Maha Menghitung.
Al Jaliil Yang Maha Luhur.
Al Kariim Yang Maha Pemurah.
Ar Raqiib Yang Maha Teliti.
Al Mujiib Yang Maha Mengkabulkan.
Al Waasi' Yang Maha Luas.
Al Haakim Yang Maha Bijaksana.
Al Waduud Yang Maha Mengasihi.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Baa'ith Yang Maha Membangkitkan.
Asy Syahiid Yang Maha Menyaksikan.
Al Haq Yang Maha Benar.
Al Wakiil Yang Maha Menjaga Penyarahan.
Al Qawiyy Yang Maha Kuat.
Al Matiin Yang Maha Perkasa.
Al Waliyy Yang Maha Melindungi.
Al Hamiid Yang Maha Terpuji.
Al Muhshii Yang Maha Penghitung.
Al Mubdi' Yang Maha Memulai.
Al Mu'iid Yang Maha Mengulangi.
Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan.
Al Mumit Yang Maha Mematikan.
Al Hayyu Yang Maha Hidup.
Al Qayyuum Yang Maha Berdiri Sendiri.l
Al Wajiid Yang Maha Mewujudkan.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Waahid Yang Maha Esa.
As Shomad Yang Maha Diperlukan.
Al Qaadir Yang Maha Kuasa.
Al Muqtadir Yang Maha Menentukan.
Al Muqaddim Yang Maha Mendahulukan.
Al Mu'akhkhir Yang Maha Mengakhirkan.
Al Awwal Yang Maha Awal.
Al Aakhir Yang Maha Akhir.
Az Zhaahir Yang Maha Nyata.
Al Baatin Yang Maha Tersembunyi.
Al Waliy Yang Maha Menguasai.
Al Muta'aali Yang Maha Agung.
Al Barr Yang Maha Menerima Taubat.
Al Muntaqim Yang Maha Penyeksa.
Al 'Afuw Yang Maaf Pemaaf.
Ar Ra'uuf Yang Maaf Belas Kasihan.
Malik al Mulk Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalaal wal Ikraam Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al Muqsith Yang Maha Mengadili.
Al Jaami' Yang Maha Mengumpul.
Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Maani' Yang Maha Menolak.
Ad Dhaarr Yang Maha Pemberi Manfaaf.
An Nuur Yang Maha Bercahaya.
Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al Baadi' Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
Al Baaqi Yang Maha Kekal.
Al Waarith Yang Maha Mewarisi.
Ar Raasyid Yang Maha Sedar.
As Shabbuur Yang Maha Penyabar.

LONG LIVE PALESTINE- Lowkey

This is for Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza!!

While we listen to tunes, made by ignorant fools,
Israel blocked the UN from delivering food,
They'll bring in the troops and you won't even glimpse at the news,
They make money of the products that we are quick to consume,
It's not simply a question of differing views,
Forget emotions, this is fact, what I spit is the truth,
Makes no difference if you're a Christian or if you're a Jew,
They are just people living in different conditions to you,
They still die when you bomb their schools, mosques and hospitals,
It is not because of rockets, please god can you stop it all,
I'm not related to the strangers on the TV,
But I relate because those faces could have been me,
Words can never ever explain the raw tragedy,
It's not a war they're just murdering more rapidly,
We are automatically supporting pure savagery,
Imagine how you'd feel if it was your family,

Long live Palestine, Long live Gaza,

Palestine remains in my heart forever,
We stand for peace, in times of war we shan't surrender,
Remember, it didn't start in that dark December,
Every coin is a bullet, if you're Mark's and Spencer,
And when your sipping Coca-Cola,
That's another pistol in the holster of a soulless soldier,
You say you know about the Zionist lobby,
But you put money in their pocket when you're buying their coffee,
Talking about revolution, sitting in Starbucks,
The fact is that's the type of thinking I can't trust,
Let alone even start to respect,
Before you talk learn the meaning of that scarf on your neck,
Forget Nestle,
Obama promised Israel 30 billion over the next decade,
They're trigger happy and they're crazy,
Think about that when you're putting Huggies nappies on your baby,

This is not just a war over stolen land,
Why do you think little boys are throwing stones at tanks?
We will never really know how many people are dead,
They drop bombs on little girls while they sleep in their beds,
Don't get offended by facts, just try and listen,
Nothing is more anti-Semitic than Zionism,
So please don't bring bad vibes when you speak to me,
I know there's plenty of Rabbi's that agree with me,
It's your choice what you do with this message,
Don't get it confused; I view this from a truly human perspective,
How many more resolutions have to be violated,
How many more children have to be annihilated
Israel is a terror state, there terrorists that terrorise,
I testify, my television televised them telling lies,
This is not a war, it is systematic genocide,
But whatever they try, Palestine will never die!!!

Friday, April 30, 2010

Jalan ini jalan Tarbiyah....

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...., Alhamdulillah dgn segala nikmatnya, Pencipta yg amat mengasihi hambanya...

Ya Allah, sesengguhnya dia yang Maha Berkuasa ats sesuatu...Jalan yang kita lalui ini adalah jalan yang penuh cabaran. jalan yang hanya sanggup ditempuhi oleh pejuang2 Islam yg benar2 ikhlas dan bersedia menghadapi segala rintangn dan cabaran dalaman dan luaran. pejuang Islam memiliki jiwa yang jernih, hati yang bersih,iman yang mantap, dada yang lapang , fikiran yang cemerlang dan fizikal yang sihat dan cergas. Allah lebih menyukai orang mukmin yang kuat dari yang lemah.( semoga saya akan tergolong di kalangan itu). Mengakui diri ini yang masih serba kekurangan, moga Allah sentiasa memberi saya peluang untuk saya memperbaiki kelemahan2 ini.

InsyaAllah, kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kita antara jutaan orang yang dipilih untuk menempuhi jalan ini. Sebulat tekad dan keazaman tertanam dalam diri, moga jalan ini membawa diriku lebih dekat dengan-Nya.

Buat sahabat2 seperjuangan yang dikasihi, SEMOGA SENTIASA BERSEDIA UNTUK DITARBIAH. Mari kita bersama meneruskan kesinambungan perjuangan dakwah Rasulullah saw.Yakinlah dengan ketentuan ini. Walau pelbagai mehnah dan tribulasi kalian lalui, ingatlah ianya tidak akan pernah sama dengan apa yang telah dilalui oleh junjungan mulia, Rasulullah saw. Buat diri yang dhaif ini, sentiasa tajdid iman ,tingkatkan amal...

Allah, sesungguhnya berilah kekuatan kepada kami.. Ya Allah yang Maha Berkuasa..

Monday, February 22, 2010

Hidayah Allah....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, Maha Suci Allah..syukur kerana masih d beri nikmat Iman dan Islam d kala saat manusia semakin hilang arah tujuan. Di kala umat Islam digemparkan dengan pelbagai berita yg kurang menyenangkan terutama masalah sosial yg blaku dalam klgn remaja, masalah zina yg akhirnya membawa kpd pelbagai kes sama ada pembuangan mahupun pembunuhan bayi... nauzubillah...

Di manakah kita di saat ini? Apakah tindakan kita bila mendengar kes2 spt ini? seakan sudah biasa, menjadi santapan mata dan telinga...Ya Allah, moga d jauhkan kita semua drpd tergolong dallam kalangan orang yg meminggirkan syariat Allah...Ingatlah nikmat yg kita kecapi d dunia hanyalah sementara, kehidupan d akhirat lah yg kekal abadi..

sedarlah, kita d beri pilihan untuk memilih,hidayah atau dhalalah(kesesatan).
Hidayah ialah petunjuk jalan bg memastukan perjalanan hidup seseorang itu berada atas landasan yg betul dan lurus.

Hidayah membantu manusia untuk mengawal nafsu dengan baik. walaupun kita di goda dgn pelbagai ancaman, namun dengan bersenjatakn hidayah Allah, InsyaAllah kita mampu menepis segala godaan duniawi.

Namun, tidak semua orang mampu memiliki hidayah Allah, krn hidayah Allah milik orang yg benar2 berusaha untuk mendapatkannya. antara cara terbaik untuk mendapat hidayah Allah ialah mndekatkan diri kpd Allah. Allah memilih org2 tertentu yg dikehendaki Nya utk di kurniakan hidayah, tiada siapa yg mgetahui sama ada dia tgolong dln golongan org2 yg dberi hidayah atau tidak. justeru, kita hendaklah sentiasa berdoa dan berikhtiar bersungguh2 semoga kita termasuk dlm kalgn orang yg terpilih...
wallahua'lam...

Saturday, February 20, 2010

Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah: Suara Emas dari Ethiopia

Suatu malam, jauh sepeninggal Rasulullah, Bilal
bin Rabbah, salah seorang sahabat utama, bermimpi dalam
tidurnya. Dalam mimpinya itu, Bilal bertemu dengan Rasulullah.

"Bilal, sudah lama kita berpisah, aku rindu sekali kepadamu,"
demikian Rasulullah berkata dalam mimpi Bilal.
"Ya, Rasulullah, aku pun sudah teramat rindu ingin bertemu dan
mencium harum aroma tubuhmu," kata Bilal masih dalam
mimpin-ya. Setelah itu, mimpi tersebut berakhir begitu saja. Dan
Bilal bangun dari tidurnya dengan hati yang gulana. Ia
dirundung rindu.

Keesokan harinya, ia menceritakan mimpi tersebut pada salah
seorang sahabat lainnya. Seperti udara, kisah mimpi Bilal
segera memenuhi ruangan kosong di hampir seluruh penjuru
kota Madinah. Tak menunggu senja, hampir seluruh penduduk
Madinah tahu, semalam Bilal bermimpi ketemu dengan nabi
junjungannya.

Hari itu, Madinah benar-benar terbungkus rasa haru. Kenangan
semasa Rasulullah masih bersama mereka kembali hadir,
seakan baru kemarin saja Rasulullah tiada. Satu persatu dari
mereka sibuk sendiri dengan kenangannya bersama manusia
mulia itu. Dan Bilal sama seperti mereka, diharu biru oleh
kenangan dengan nabi tercinta.

Menjelang senja, penduduk Madinah seolah bersepakat
meminta Bilal mengumandangkan adzan Maghrib jika tiba
waktunya. Padahal Bilal sudah cukup lama tidak menjadi
muadzin sejak Rasulullah tiada. Seolah, penduduk Madinah ingin
menggenapkan kenangannya hari itu dengan mendengar adzan
yang dikumandangkan Bilal.

Akhirnya, setelah diminta dengan sedikit memaksa, Bilal pun
menerima dan bersedia menjadi muadzin kali itu. Senjapun
datang mengantar malam, dan Bilal mengumandangkan adzan.
Tatkala, suara Bilal terdengar, seketika, Madinah seolah
tercekat oleh berjuta memori. Tak terasa hampir semua
penduduk Madinah meneteskan air mata. "Marhaban ya
Rasulullah," bisik salah seorang dari mereka.

Sebenarnya, ada sebuah kisah yang membuat Bilal menolak
untuk mengumandangkan adzan setelah Rasulullah wafat.
Waktu itu, beber-apa saat setelah malaikat maut menjemput
kekasih Allah, Muhammad, Bilal mengumandangkan adzan.
Jenazah Rasulullah, belum dimakam-kan. Satu persatu kalimat
adzan dikumandangkan sampai pada kalimat, "Asyhadu anna
Muhammadarrasulullah." Tangis penduduk Madinah yang
mengantar jenazah Rasulullah pecah. Seperti suara guntur yang
hendak membelah langit Madinah.

Kemudian setelah, Rasulullah telah dimakamkan, Abu Bakar
meminta Bilal untuk adzan. "Adzanlah wahai Bilal," perintah Abu
Bakar.

Dan Bilal menjawab perintah itu, "Jika engkau dulu
membe-baskan demi kepentinganmu, maka aku akan
mengumandangkan adzan. Tapi jika demi Allah kau dulu
membebaskan aku, maka biarkan aku menentukan pilihanku."
"Hanya demi Allah aku membebaskanmu Bilal," kata Abu Bakar.
"Maka biarkan aku memilih pilihanku," pinta Bilal.
"Sungguh, aku tak ingin adzan untuk seorang pun sepeninggal
Rasulullah," lanjut Bilal.
"Kalau demikian, terserah apa maumu," jawab Abu Bakar.

***

Di atas, adalah sepenggal kisah tentang Bilal bin Rabah, salah
seorang sahabat dekat Rasulullah. Seperti yang kita tahu, Bilal
adalah seorang keturunan Afrika, Habasyah tepatnya. Kini
Habasyah biasa kita sebut dengan Ethiopia.

Seperti penampilan orang Afrika pada umumnya, hitam, tinggi
dan besar, begitulah Bilal. Pada mulanya, ia adalah budak
seorang bangsawan Makkah, Umayyah bin Khalaf. Meski Bilal
adalah lelaki dengan kulit hitam pekat, namun hatinya, insya
Allah bak kapas yang tak bernoda. Itulah sebabnya, ia sangat
mudah menerima hidayah saat Rasulullah berdakwah.

Meski ia sangat mudah menerima hidayah, ternyata ia menjadi
salah seorang dari sekian banyak sahabat Rasulullah yang
berjuang mempertahankan hidayahnya. Antara hidup dan mati,
begitu kira-kira gambaran perjuangan Bilal bin Rabab.

Keislamannya, suatu hari diketahui oleh sang majikan. Sebagai
ganjarannya, Bilal di siksa dengan berbagai cara. Sampai
datang padanya Abu Bakar yang membebaskannya dengan
sejumlah uang tebusan.

Bisa dikata, di antara para sahabat, Bilal bin Rabah termasuk
orang yang pilih tanding dalam mempertahankan agamanya.
Zurr bin Hubaisy, suatu ketika berkata, orang yang pertama kali
menampak-kan keislamannya adalah Rasulullah. Kemudian
setelah beliau, ada Abu Bakar, Ammar bin Yasir dan
keluarganya, Shuhaib, Bilal dan Miqdad.

Selain Allah tentunya, Rasulullah dilindungi oleh paman beliau.
Dan Abu Bakar dilindungi pula oleh sukunya. Dalam posisi sosial,
orang paling lemah saat itu adalah Bilal. Ia seorang perantauan,
budak belian pula, tak ada yang membela. Bilal, hidup sebatang
kara. Tapi itu tidak membuatnya merasa lemah atau tak
berdaya. Bilal telah mengangkat Allah sebagai penolong dan
walin-ya, itu lebih cukup dari segalanya.

Derita yang ditanggung Bilal bukan alang kepalang. Umayyah
bin Khalaf, sang majikan, tak berhenti hanya dengan menyiksa
Bilal saja. Setelah puas hatinya menyiksa Bilal, Umayyah pun
menyerahkan Bilal pada pemuda-pemuda kafir berandalan.
Diarak berkeliling kota dengan berbagai siksaan sepanjang
jalan. Tapi dengan tegarnya, Bilal mengucap, "Ahad, ahad,"
puluhan kali dari bibirnya yang mengeluarkan darah.

Bilal bin Rabah, meski dalam strata sosial posisinya sangat
lemah, tapi tidak di mata Allah. Ada satu riwayat yang
membukti-kan betapa Allah memberikan kedudukan yang mulai
di sisi-Nya.

Suatu hari Rasulullah memanggil Bilal untuk menghadap.
Rasulullah ingin mengetahui langsung, amal kebajikan apa yang
menja-dikan Bilal mendahului berjalan masuk surga ketimbang
Rasulullah.

"Wahai Bilal, aku mendengar gemerisik langkahmu di depanku di
dalam surga. Setiap malam aku mendengar gemerisikmu."

Dengan wajah tersipu tapi tak bisa menyembunyikan raut
bahagianya, Bilal menjawab pertanyaan Rasulullah. "Ya
Rasulullah, setiap kali aku berhadats, aku langsung berwudhu
dan shalat sunnah dua rakaat."

"Ya, dengan itu kamu mendahului aku," kata Rasulullah
membenarkan. Subhanallah, demikian tinggi derajat Bilal bin
Rabah di sisi Allah.
Meski demikian, hal itu tak menjadikan Bilal tinggi hati dan
merasa lebih suci ketimbang yang lain. Dalam lubuk hati
kecilnya, Bilal masih menganggap, bahwa ia adalah budak
belian dari Habasya, Ethiopia. Tak kurang dan tak lebih.

Bilal bin Rabah, terakhir melaksanakan tugasnya sebagai
muadzin saat Umar bin Khattab menjabat sebagai khalifah. Saat
itu, Bilal sudah bermukim di Syiria dan Umar mengunjunginya.

Saat itu, waktu shalat telah tiba dan Umar meminta Bilal untuk
mengumandangkan adzan sebagai tanda panggilan shalat. Bilal
pun naik ke atas menara dan bergemalah suaranya.

Semua sahabat Rasulullah, yang ada di sana menangis tak
terkecuali. Dan di antara mereka, tangis yang paling kencang
dan keras adalah tangis Umar bin Khattab. Dan itu, menjadi
adzan terakhir yang dikumandangan Bilal, hatinya tak kuasa
menahan kenangan manis bersama manusia tercinta, nabi akhir
zaman.

syukur pada Mu ya Allah..

Alhamdulillah...selamat sampai d ump.... jam 4.45 pm..
hari ne sempat bawa bekal.time kasih abah sebab masakkan untuk saya, terima kasih emak sebab bantu saya bkemas....saya sgt bsyukur kerana d kurniakan oleh Allah ibu bapa yg sgt penyayang n mgambil berat ttg anak2 nya... kadang2 saya sendiri merasa telalu d manjakan mcm budak sekolah rendah jer...mak dan ayah terlalu risau ttg keadaan diri saya....rasa ksh sayang itu adalah cebisan dr sifat Allah yg Maha pengasih lg Maha penyayang yg d campakkan ke dalam hati ke dua ibu bapa saya.... jika begitu, bagaimana pula Allah, tentulah rasa kasih n sayang Nya pd hamba2 Nya meleebihi segalanya...pasti Allah begitu kasih pada kita semua, lihat sj segala nikmat yg telah Allah beri kpd kita yg sedar atau tidak.... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... setinggi syukur pd Mu atas segala2nya....