Suatu petang di bawah sepohon pokok yang rendang. Angin meyapa rambut.
Aku dan kau bertemu. Aku dari Malaysia, kau dari Palestin. Berbicara tentang perjuangan.
Aku bersuara.
Aku : Hari ini, ketika ini dan saat ini, aku mengalas pen mencoret nota. Kau?
Kau : aku memikul senapang dan senjata melakar peluang kehidupan,
Aku : hari ini ketika ini dan saat ini, aku memerah otak bermandikan peluh dan keringat, kau?
Kau :aku luahkan segala daya, bergelumang dengan debu pasir bermandikan air mata dan darah.
Aku : Hari ini,ketika ini dan saat ini, Aku berperang dengan kertas-kertas putih berdakwat hitam. Kau?
kau : aku berperang menentang syaitan bertopengkan manusia berjiwakan nafsu serakah.
Aku terdiam.
Kau pula bersuara.
Kau : mengapa kau diam?
Aku : aku malu pada kau.
Kau : kenapa?
Aku : perjuangan aku tidak setaraf dengan kau.
Kau : oh kerna itu. Ingin aku tanyakan soalan padamu.
Aku : apa?
Kau : apa tujuan kau hidup?
Aku : mengabdikan padaNya.
Kau : pabila tangan kau menari bertongkatkan pen, apa yang kau inginkan sebenar?
Aku : aku ingin melakar kemenangan Islam.
Kau : kenapa tidak mau ikut aku angkat senapang?
Aku : waqi’ aku tidak perlukan aku begitu.
Kau : hah, mengerti pun kau.
Aku : mengerti?
Kau : akhi, kita sama sahaja. Aku memegang senapang menarik picu dan menembak musuh bukan kerna ia satu kehebatan bagiku. Tetapi aku ingin menegakkan islam. Aku ingin melihat Islam itu tinggi dari semua ideologi. Aku ingin mempertahankan Islam dari terus dihina dan dicaci oleh syaitan-syaitan itu. Matlamat tegakkan Islam itulah yang aku banggakan. Walau dengan cara apa sekalipun...
Kau? Bukankan kau juga ingin melakar kemenangan Islam? Gerakkan lah tangan engkau demi Islam. Bunuhlah pencaci dan penentang islam dengan mata penamu. Hentikan langkah jahat mereka dengan kertas putih dan dakwat hitamkau itu. Buktikan Islam itu lebih mulia dari mereka. Lebih hebat dari mereka. Lebih bertamadun dari mereka. Lebih cemerlang dari mereka.
Aku : oh begitu. Aku mengerti sekarang.
Kau tersenyum menganguk. Aku turut tersenyum
Senyum penuh makna. Senyum penuh yakin.
Islam pasti menang.
Burung yang bersarang di atas pohon rendang berbicara pula.
“Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.
-(Hadis Riwayat Muslim)
Masha'Allah. .
Subhanallah
Allahuakbar! !
No comments:
Post a Comment