WELCOME

:: MUSAFIRAH DI DUNIA YANG SEMENTARA ::

MUSLIMAT

Saturday, July 31, 2010

UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN???

KEMENTERRIAN Pelajaran dikatakan sedang mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pernilian Sekolah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini mendudukki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Cadangan itu bertujuan mengubah sistem peperiksaan negara yang kini terlalu berorentasikan peperkisaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh dan mempunyai keterempilan tinggi sukar dicapai.

Menurut Kementerian, jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu lebih yang lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holostik tidak akan tercapai sepenuhnya. Kementerian berpandapat, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk mengubah sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum pada peringkat sekolah.
Menteri Pelajaran juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem pendidikan yang cenderung kepada peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar pula terlalu menumpukan usaha cemerlang dalam peperksaan awal perseolahan saja tanpa memperduli kegiatan lain yang juga penting seperti sukan dan kegiatan berpesatuan yang boleh membina watak individu yang berjaya.
Kata beliau lagi, kedu-dua peperkisaan mungkin boleh diteruskan tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan pernilaian pencapaian pelajar pada peringkat sekolah saja. Menurut Muhyiddin, kementerian sedang menimbangkan sama ada mengekalkan atau perlu hanya ada hanya satu saja peperiksaan awam contohnya SPM dan menghapuskan PMR dan UPSR.
Cadangan kementerian mendapat rekasi positif dari banyak kalangan pendidik dan proffesional Melayu. Namun, tidak kurang juga skeptikal dan mempertikai adakah wajar kedua- dua peperkisaan UPSR dan PMR dihapuskan atau hanya mengenepikan UPSR saja dan mengekalkan PMR dan SPM sebagai peperkisaan teras yang diberi perhatian dan diutamakan.
Penulis berpandapat, PMR boleh dimansuhkan tetapi UPSR dan SPM perlu dikekalkan kerana pernilaian murid sebelum memasukki alam persekolahan perlu melalui dua alam persekolahan yang perlu dinilai sewajarnya; rendah dan menengah. PMR boleh dketepikan kerana ia boleh dimasukkan dalam pernialaian sekolah menengah yang boleh dinilai terus dalam SPM saja.
Di Singapura PMR tidak diperkenalkan dan murid-murid di Tingkatan Tiga terus mengambil Sijil Pelajaran Singapura atau peperiksaan O Level (sama seperti SPM) di Tingakatan Empat (di sana dipanggil Menengah Empat. Tetapi UPSR dimestikan untuk mengasingkan murid-muird yang cemerlang dengan murid-murid yang kurang pandai.
Di sini, PMR seharusnya dikekalkan kerana sistem pelajaran dan tahap persekolahan murid di peringkat rendah adalah berbeza dengan tahap persekolahan menengah yang perlu diperhatikan dan diasingkan kebolehan murid-murid itu mengikut kelulusan PMR mereka. Murid-muird yang ingin memasukki sekolah menengah harus dinilai sewajarnya sebagai perkiraan awal kebolehan murid yang benar-benar cemerlang dan layak dengan murid-murid yang kurang cemerlang untuk memasukki asrama penuh atau sekolah berpresitej.
Jika tiada UPSR, dikhuatiri murid yang cemerlang masih duduk dalam darjah yang sama bersama murid yang kurang cemerlang kerana tiada pernilaian wajar yang membezakan kebolehan mereka. Dengan adanya UPSR, murid yang pandai boleh terus meneruskan pelajaran di sekolah asrama penuh atau Maktab Sains Mara atau sekolah ternama yang bertradisi bagi meneruskan pendidikan mereka dalam suasana kelas menengah yang kompetitif. Pelajaran di peringkat sekolah menengah pasti berbeza dengan sistem persekolahan di peringat rendah yang umumnya lebih rendah dan kurang mencabar. JIka tiada pernilaian peperiksaan sekolah rendah, murid-murid yang pintar tidak berpeluang belajar di sekolah berperisiitej atau maktab ternama kerana mereka tidak melaluli UPSR untuk menilai kebolehan dan prestasi sebenar mereka dalam persekolahan di peringhat rendah.
Cadangan supaya diwujudkan peperiksaan dalaman sekolah bagi menilai sendiri murid-murid dengan memansuhkan UPSR sukar diterima kerana pernilaian setiap sekolah pasti berbeza dengan pernialain umum kementerian yang lebih diakui dan muktamad. Ia juga menimbulkan kekeliruan kerana sistem itu dinilai dalaman oleh guru besar dan kalangan guru sekolah yang diragui kebolehan dan kewajaran nilaian mereka. Adalah lebih baik kementerian saja yang mengendalikan peperiksan di semua sekolah dikenal dengan nama UPSR atau SPM saja.
Tujuan kementerian menghapuskan UPSR atau PMR dengan matlamat mengubah sistem pendidikan dari yang berorentasikan peperiksaan dan hafalan kepada sistem persekolahan yang boleh melahirkan murid yang kreatif dan modal insan yang berkualiti sebenarnya boleh dilaksankan dengan memperkenalkan beberapa subjek baru tertentu yang menjurus kepada melahirkan insan yang kreatif. Contohnya mereka diperkenalkan mata pelajaran yang menekankan mereka supaya lebih berkebolehan mencipta idea baru atau memberi kebebasan berfikir dan berinovasi bagi melahirkan daya ciptaan baru yang kreatif dan inovatif.
Kementerian juga boleh memperkenal subjek yang tidak menekan pengetahuan kepada peperiksaan atau hafalan tetapi kepada ujian praktikal dan teori yang menuntut kebolehan sebenar kreatiiviti murid dalam subjek tertentu yang tidak dikongkong seperti ICT dan grafik design. Penekanan kepada bahasa Inggeris perlu diutamakan untuk melahirkan insan yang boleh pergi jauh dan dikenali dunia kerana bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa utama dunia. Dengan kemahiran berkreatif dan berinovasi di samping kebolehan berbahasa Inggeris yang baik watak murid lebih cemerlang boleh dketengahkan ke dunia anatarabangsa jika mereka layak dan diterima mewaklli negara dalam pertandingan tertentu.
Di Amerika Syarikat, ahli sukan terkemuka di kesan dari peringkat awal persekolahan mereka. Mereka tidak cemerlang dan mungkin gagal dalam pelajaran tetapi diberi latihan insentif jika didapati berbakat dan berpotensi untuk cemerlang dalam sukan tertentu bagi mewakilli negara. Pengerusi Microsoft dan Billionair terkemuka dunia, Bill Gates tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi boleh mencipta kekayaan dan kemashyuran hasil dari bakat keratif dan inovatifnya dalam bidang komputer yang tidak pernah dibayangkan manusia lain.
Negara juga perlu menurut langkah mereka ini dengan mencipta dan menghasilkan kalangan rakyat yang kreatif dan pintar dalam sesuatu bidang tanpa perlu melalui sistem peperiksaan yang remeh dan rutin. Apa yang diperlukan ialah satu sistem persekolahan yang mentikberatkan bakat dan kebolehan sesorang inidividu dalam bidang yang dikuasai dengan diberi latihan serta perhatian secukupnya bagi mereka mencapai kecemerlangan dalam bidangnya yang mungkin boleh mengharumkan nama negara.

http://www.detikdaily.net

Friday, July 30, 2010

MUHASABAH DIRI

Sahabat-sahabatku yang dikasihi………
Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah penghisabannya di Hari Pembalasan.
Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat.
Sebagai panduan Imam Al Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah atau peringkat untuk bermuhasabah seperti mana berikut:

Marhalah Pertama: Al Musyarothoh
Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.

Marhalah Kedua: Al Murokobah
Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya.

Marhalah Ketiga: Al Muhasabah
Apabila seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat diatas perkara tersebut. Sekiranya, kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.

Marhalah Keempat: Al Muakobah
Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.
Diriwayatkan bahawa SaidianUmar Al Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.

Marhalah Kelima: Al Mujahadah
Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur di pertengahan jalan.

Seruanku buat sahabat-sahabat yang dikasihi, segeralah bermuhasabah serta ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang solihin. Amin.