WELCOME

:: MUSAFIRAH DI DUNIA YANG SEMENTARA ::

MUSLIMAT

Monday, December 12, 2011

Muslimat Sayap Kiri Perjuangan Islam

CABARAN  masa kini dan arus modenisasi kian mendesak kaum Hawa untuk memerah keringat dan membanting tulang bagi memastikan tertegaknya kalimah Allah. Bagi golongan mahasiswi pula, kemestian untuk menceburkan diri dalam pengurusan di alam mahasiswa atau dengan kata lainnya berpersatuan sudah semestinya diberikan prioriti.

Realiti bahawa amal ijtima’ie yang dituntut oleh agama ini menagih sejuta persediaan mental, thaqafah, fizikal juga spiritual seharusnya mendorong kaum Muslimah untuk bekerja keras menyiapkan diri ke arahnya. Gerakan mahasiswa merupakan medan yang cukup ideal untuk melatih para Muslimah dengan pelbagai kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Bagaimana mungkin matlamat ini mampu dicapai sekiranya golongan mahasiswi ini enggan meleburkan masa, tenaga, harta dan buah fikiran dalam gerakan mahasiswa itu sendiri?

Senario ‘tidak pedulisme’ dalam kalangan mahasiswa lahir kesan daripada kefahaman agama yang cetek atas tuntutan mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Penting bagi kaum Muslimah untuk menyumbang tenaga dalam gerakan mahasiswa selaras dengan saranan Allah SWT melalui Al-Furqan yang bermaksud:

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:71)

Desas-desus yang mengatakan bahawa gerakan mahasiswa mampu merencatkan prestasi akademik individu haruslah ditepis secara matang. Seharusnya gerakan mahasiswa itu sendiri membentuk individu yang mampu menguruskan masa dengan baik dan mendisiplinkan diri bagi memastikan prestasi akademik tidak terabai. Kaum Hawa bakal bergelar isteri, ibu dan naqibah dalam masyarakat seharusnya dilatih membahagikan masa dan menjalankan tiap peranan yang ditaklifkan dengan kesungguhan. Tidak salah apabila disimpulkan bahawa gerakan mahasiswa merupakan platform persediaan bagi para Muslimah sebelum terjun ke medan dakwah yang penuh variasi di tanah air kelak.

Dalam mendepani cabaran pelbagai ideologi yang kian meresap masuk ke dalam masyarakat dewasa ini, seorang mahasiswi mesti menyiapkan diri dengan kelengkapan thaqafah yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Bukan sahaja pengetahuan pada ilmu agama, bahkan penguasaan terhadap isu semasa, ekonomi, perundangan, kesihatan, komunikasi bahkan pelbagai soft skills yang lain adalah perlu sebagai bumbu kepada uslub dakwah. Gerakan mahasiswa mampu menawarkan kesemua pakej pengetahuan tersebut melalui latihan yang panjang dan berterusan. Maka dengan itu tidak ada alasan lagi untuk meminggirkan diri dalam lautan kelalaian tanpa mahu bekerjasama menghidupkan perjuangan melalui gerakan mahasiswa.

Sekiranya kaum Muslimah melalaikan tanggungjawab amal ijtima’ie di alam mahasiswa ini, padahnya akan dirasai bukan sahaja oleh Muslimah itu sendiri, bahkan agama dan komuniti mahasiswi tersebut akan turut terjejas. Universiti bakal melahirkan mahasiswi yang sekadar memiliki ijazah untuk bekerja tetapi cetek kefahamannya akan tujuan dirinya diutuskan ke bumi Allah; iaitu sebagai khalifah. Masyarakat luar akan memandang para Muslimah sebagai kelompok yang tidak kompeten dan tidak reliable. Dan kemuncaknya dapat dilihat apabila kaum Muslimah ini tidak mampu bangkit membela masyarakat yang kian mabuk dirasuk pelbagai ideologi yang merosak akhlak dan cara hidupnya.

Apakah kita selaku Muslimah sanggup membiarkan perkara-perkara tersebut terjadi lantaran sikap tidak peduli di atas taklifan ini?

Muslimah yang dicari-cari untuk menjadi benteng organisasi daripada sebarang pengaruh negatif ini haruslah membajai diri dengan kualiti-kualiti seperti taqwa agar usaha sebegini dapat disuburkan. Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT.

Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan.

Agama ini tidak akan sempurna tanpa pengurusan dan pengurusan itu memerlukan keyakinan akan kesempurnaan Islam juga kepatuhan pada sunnah Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin. Berjuanglah untuk menjadi Muslimah mursyidah yang bakal mendokong amalan syura sedang ia dijamin kedudukannya di sisi Allah.

Akhirnya buat para Muslimah yang bergelar sayap kiri perjuangan, usahlah gentar pada cabaran menegakkan kalimah Allah dan onak durinya.

Bukankah cabaran dan ujian itu sunnatullah dalam menjulang Islam di mata dunia?

Disediakan oleh,
Urus Setia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010 &
Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2010

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Thursday, October 20, 2011

Apa Ertinya Mujahadah Andai Tidak Istiqamah

salam perjuangan buat semua...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat iman dan islam..bersyukur kerana pagi yg indah hari ini diisi demgan pelbagai pengisian dari sahabat2 seusai solat subuh berjemaah... cerita tentang katak pun ada, tentang masa , dan tentang pentingnya berpegang kepada prinsip hidup..terima kasih adik2 ats perkongsian yang sungguh bermakna...

Kemudian, alhamdulillah diteruskan pula dengan sesi usrah di bawah kendalian seorang naqibah yg disayangi. usrah diisi dengan bacaan alquran dan tafsir surah as-saff ayat 5-9, kemudian diteruskan dengan isu2 semasa luar dan dalam negara serta di kampus. Alhamdulillah, bercambah juga ilmu kami dengan perihal siasah. dan seterusnya, perkongsian ttg hadis kedua dari himpunan hadis 40 iaitu berkaitan Islam, Iman dan Ihsan. kemudian kepada tajuk perbincangan utama iaitu kualiti sebagai petugas Islam. Antara isi penting yg dapat diambil ialah: 

1. Menjadi generasi yang bertaqwa. tiada apa yang membezakan kita dengan orang lain kecuali taqwa. jadi kita perlu menanamkan kecintaan kepada Allah Taala dan berhati2 dalam setiap tindakan.
2.Meninggikan kalimah tauhid, LAILAHAILLAH iaitu dalam diri dan masyarakat semata2 untuk mencapai redha Allah. 
3.Menunaikan kewajipan kepada Allah seperti yang terkandung dalam surah azzariat iaitu semata2 untuk beribadah kepada Allah. dalam beribadah juga, kita hendaklah bersungguh2 dan jangan pernah jemu dan putus asa. Allah telah berjanji memberi ganjaran kepada hambanya yang melakukan amal kebajikan. 
4.Memelihara kesucian aqidah. aqidah perlukan pembuktian dan  perlu diperjuangkan. justeru, peranan seorang petugas Islam untuk memastikan aqidahnya suci dan murni daripada anasir2 luaran yang bisa menjejaskan perjuangannya.
5.Menjadikan Rasulullah sebagai idola. tiada qudwah yang lebih baik melainkan qudwah yang telah ditunjukkan oleh baginda sendiri. untuk itu, tidak cukup sekiranya kita menjadikan Rasulullah sebagai teladan melainkan kita sendiri cuba meneladani qudwah yang telah ditunjukkan oleh baginda. 

Dalam menjalani hidup sebagai petugas Islam, tidak dapat dielakkan pasti akan menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi. namun, semua itu yang mengajar kita erti mujahadah. Mujahadah itu memang pahit kerana ganjarannya adalah syurga yang amat2 manis penuh dengan nikmat yang tidak dapat digambarkan. justeru, untuk lebih mendalami apa itu mujahdah kita perlu mengetahui sedikit sebanyak ttg rukun mujahadah: 

Rukun mujahadah

Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.

1. Ber’uzlah
Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.

2.Diam
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]

3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]

4.Berjaga malam
“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”              ( Al-Muzzammil:6)

Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat bermujahadah~~~~Rukun mujahadah

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat bermujahadah~~~~

Allah berfirman dalam hadith qudsi, Rasulullah saw bersabda yg bmaksud: ' Allah Taala berfirman pd hari qiamat: "hai Adam! bangkitlah, siapkan sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu (untuk ditempatkan di dalam neraka, dan satu keturunan dtempatkan di dlm Syurga"      ( riwayat oleh Thabarani) ,

Menurut riwayat selanjutnya, bhw Rasulullah saw menerima wahyu ini, lnts bginda menyampaikan kpd para sahabat, baginda menagis tersedu sedan, begitu juga para sahabat bginda, lantas baginda bersabda, yg bermaksud: 

“angkatlah kepalamu! Demi Allah yg menguasai jasadku. Jika dbandingkan den ummat2 nabi yg lain, maka ummatku hanyalah bagaikan sehelai bulu putih pd kulit lembu yg berbulu hitam”
Berdasarkn riwayat di ats, dapat dfahami bahawa dr setiap 1000 org . hanya seorang saja yg akan masuk ke syurga. Dari kalangan sekian ramai yg mgaku Islam, hanya sedikit shj yg berpegang kpd ketentuan dan tali Allah. 
Demikian ssedikitnya jumlah org yang masuk ke syuga, hinggakan Rasulullah m’umpamakan dengan sehelai bulu putih yg terdapat pd seekor lembu yg berbulu hitam. 
Mendengar penjelasan Rasulullah saw, para sahabat menagis krn khuatir akan termasuk dalam golongan org yang masuk neraka.Padahal mutu keimanan dan ketaatan para sahabat jauh lebih tinggi dr mutu keimanan dan ketaatan kita. Kita pula bagaimana????
Astaghfirullah...sama-sama perbanyakkan istighfar dan memohon taubat dr Allah, YA 'AFFU, YA TAWWAB, YA GHAFUR...

Tuesday, October 18, 2011

PERANAN PENDAKWAH DAN CABARAN MASA KINI

Alhamdulillah..

sekali lagi diberi peluang untuk menulis..sekadar perkongsian yang tidak seberapa buat tatapan semua... pertamanya marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi
dikekalkan dengan nikmat terbesar, iman dan islam...

Buat sekian kalinya, kita masih lagi dalam medan dakwah yang pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada dalaman ataupun luaran. Namun, kesukaran dan cabaran itu harus kita tempuhi dengan sabar dan istiqamah.. Ingat kembali janji Allah... beruntunglah orang yang memperjuangkan agama Allah, bila mana dia ditimpa ujian, semakin bertambah keimanan dan kesabaran, semakin dekat hubungannya dengan Allah... Di kesempatan ini, sedikit dapat saya coretkan ttg peranan pendakwah dan cabaran masa kini..moga sama2 kita ambil iktibar....

Secara umumnya, peranan para pendakwah dapat dlihat dalam ayat yang dinyatkan oleh Allah swt dalam surah Al-Hijr : 94
A094

Maksudnya : Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.

 Walaupun ayat ini diturunkan ke atas Nabi, tetapi secara tidak langsung tugas ini jua perlu dipikul oleh setiap muslim dahulu dan hari ini bagi menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw. Ini telah memberi suatu gambaran yang terang mengenai peranan yang dibebankan ke atas muslim dan para pendakwah secara khusus lebih-lebih lagi dalam keadaan serba mencabar ini. Peranan-peranan tersebut ialah:
~    Sentiasa menyedari bahawa kita adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, kita menjadi qudwah kepada masyarakat dalam semua segi.
~    Rasulullah adalah merupakan contoh terbaik kepada kita dan faktor inilah yang menjadi antara sebab kecemerlangan dakwah baginda saw.
~    Bertanggungjawab menyalurkan ilmu dan mendidik masyarakat dalam agama, fikrah dan amal dakwah.
~    Memastikan maudhu’(pengisian) dakwah yang disampaikan menepati kehendak Islam dan disampaikan secara bijaksana. Proses menyampaikan dakwah dengan pendekatan yang berhikmah hendaklah digunakan.
~     Sentiasa mengikuti perkembangan masyarakat untuk mengetahui masalah-masalah yang berlaku.
~     Seseorang pendakwah mestilah menunjukkan kesungguhan dalam segala perkara. Janganlah dia bersikap longgar atau bermudah-mudahan ketika berurusan dengan masyararakat.
  Kemahiran berkomunikasi (individu,kuliyah-kuliyah ilmu,usrah dan lain2)
~   Menggunakan bahasa yang sesuai dengan minda mad’u dan bahasa yang memberi kesan
~       Mengenali sosio-budaya mad’u
~       Dakwah tingkah laku (dakwah bil-hal) adalah lebih berkesan daripada dakwah dengan lidah. Lidah boleh menipu tetapi anggota badan yang lain sukar untuk menipu
       ~  Menguasai teknologi ( blog, sms)

Saturday, October 15, 2011

Tuntutan Akademik Seorang Daie

Akademik penting atau tidak??

Sememangnya tidak dapat dinafikan akademik merupakan perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya sebagai mahasiswa yang akan menempuhi alam pekerjaan tidak lama lagi.kerana akademik  juga kita berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan merasai nikmat berada di medan perjuangan sebagai seorang daie..

Alhamdulillah, itu antara nikmat yang Allah kurniakan kepada kita  kerana sayangnya Allah terhadap hambanya..dengan keberadaan kita dalam medan dakwah kampus sedikit sebanyak telah menyedarkan kita tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya  dan melaksanakan  amar ma'ruf nahi munkar seperti yang terungkap dalam firman Allah taala : 

surah az-zariat :56

"aku tidak menciptakan  jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-ku"

 surat ali -imran 104 : 
                                                                                      3:104

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

Tambahan, menuntut ilmu ialah ibadah dan wajib ke atas setiap muslim. justeru, wahai para daie, janganlah sesekali mengabaikan akademik kerana ia umpama telah mengabaikan ibadah. dan kalau kita mengabaikan ibadahnya hukumnya berdosa. 

oleh itu, usaha yang berterusan perlulah dilakukan bagi mengekalkan momentum akademik yang hebat. setiap daie perlu mempunyai kesungguhan untuk memperolehi akademik yang cemerlang. hakikatnya kecemeralang itu bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk Islam bagi memastikan keberlansungan dakwah. semata-mata kerana keredhaan Allah.  
dalam situasi sebagai seorang naqib contohnya,  kemungkinan besar mad'u atau anak usrah akan kurang  kepercayaan kepada naqib mereka jika naqib mempunyai rekod yg buruk dalam akademik.  naqib pula pasti tidak dapat menjadi role model yg baik dr sudut akademik kepada mad'u atau anak usrah.  itulah antara kesan jika kita x dapat perform dalam akademik dan mungkin banyak lagi kesannya.

justeru sahabat, mari bersama kita berusaha mempertingkatkan prestasi akademik agar kita tidak menjadi fitnah kepada agama. sebenarnya, semuanya bergantung kepada diri kita, dari sudut pengurusan masa dan kesedaran pentingnya akademik dalam kehidupan...kerana kemerosotan akademik juga, tidak mustahil seorang daie bole meninggalkan kerja2 dakwahnya kerana  beranggapan kerja2 dakwah memberi bebanan dan tekanan dalam hidupnya...nauzubillah..

sekali lagi diingatkan, kita mempunyai tanggungjawab terhadap Allah, agama, ibubapa , keluarga, masyarakat dan negara...justeru kita perlu betulkan mind-setting kita semula agar kita sedar betapa pentingnnya akademik dalam kehidupan seorang pendakwah....dan ingat semula, matlamatnya utamanya adalah untuk menggapai mardhatillah...

~wallahua'lam~

Tuesday, August 9, 2011

salam Ramadhan...

semoga tarbiyyah yg kuperolehi dalam Ramadhan almubarak ini 
menjadikan diri ini hamba Allah yg lebih baik..
Allahurabbi....

Sunday, May 1, 2011

Penangan usrah terakhir

Alhamdulillah,
tanggal 1 Mei saya dan sahabat2 diberi kesempatan sekali lagi bersama dalam sebuah usrah
yang mana naqibahnya merupakan kakak kesayangan kami...selama 2 semester berusrah bersama
banyak sangat kenangan manis yang tercoret, pengalaman ditarbiyah , pengalaman muhasabah....
sungguh kenangan2 itu pasti akan dirindui, dan yang paling dirindui pasti akak naqibah yang satu ne....

istimewanya usrah terakhir, memberi momentum kesedaran yg begitu tinggi bagi kami,
yang selama ini mungkin lalai dan leka, tidur dalam lamunan kealpaan...
mempersiakan hati dan perasaan sahabat,
lupa janji2 yang pernah ditaburkan dulu, masyaAllah....

moga muhasabah semalam membawa kami kembali ke alam  realiti,
janji yang dibuat saat itu moga tersimpul rapi,
jadi azimat bekalan menghadapi hari mendatang,

Ya Allah satukanlah hati2 kami,
dalam mengharungi perjalanan ini,
kuatkan iman kami redhailah langkah kami,

moga ikatan ukhwah akan bersimpul padu,
memberi erti dalam coretan hidup mujahidah,
saling menyayangi dan mempercayai sepertimana menyayangi diri sendiri,
menelan segala kepahitan perjuangan bersama,
susah dan senang bersama berkongsi segala suka dan duka bersama...
dan persaudaraan ini yang dilandaskan kerana Aqidah,
moga kekal ke akhirnya...

Saturday, April 30, 2011

coretan buat sahabat yang disayangi...

pasti sekarang dirimu dalam kekusutan,
dengan pelbagai permasalahan yang menduga kesabaran,
ku doakan dirimu tabah, sabar dan redha,
lumrah hidup sebagai pejuang,
pasti pelbagai onak dan duri harus ditempuhi.....

Duhai sahabat...
kembalilah kita memohon diberi secebis kekuatan,
dari Ya Qawiy Yang Maha Kuat,
Ya Basith Yang Maha Melapangkan, 
Agar disebalik dugaan dan rintangan ini, 
ada tarbiyyah yang dapat kita kutip,
menjadi bekalan dalam hidup kita sebagai seorang daie..

Duhai sahabat yang disayangi, 
ujian ini jauh lebih kecil dari ujian yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah,                                                      juga para sahabat serta mereka yang berada di landasan perjuangan Islam,       
 mereka berdepan dengan pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan,                        
yang berliku dan menguji tahap kekuatan iman,                                                       
sama ada kita sedar atau pun tidak, mahu atau tidak mahu,                                   
jalan ini yang perlu kita tempuhi, ujian sebagai sunatullah..
yang pelu kita lalui dengan jiwa yang besar dan iman yang tinggi...

Duhai sahabat, 
ingat x lagi ayat yang pernah kita tadabur bersama, 
Al-Quran menjelaskan ujian ini pasti berlaku demi untuk menguji keyakinan dan keimanan seseorang hamba Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud: 

“Alif, Laam, Miim.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut: 1 – 2)

FirmanNya lagi yang bermaksud:

 “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

ku akhiri coretan ini dengan ungkapan dari kalam Allah,                                        
sebagai peringatan buat kita bersama terutamya diriku yang amat2 dhaif ini,    
ingatlah dengan janji Allah SWT...

 "Hai orang orang yang beriman,sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNYa dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagimu apabila kamu mengetahui" As Saff:10-11 

moga kita thabat dan istiqamah dalam perjuangan yang mulia ini...
bangkitkan jihadmu wahai para mujahid/ah Islam...

Thursday, April 28, 2011

selamat hari ulang tahun, abah sayang....

Alhamdulillah...

Dikesempatan ini Allah beri kesempatan untuk saya meluahkan sedikit coretan buat abah yang tercinta,
walaupun esok masih ada perjuangan di medan peperiksaan yang  perlu diteruskan...

Tanggal 28 April setiap tahun tidak pernah kulupakan untuk ku titipkan sekudus doa buat insan yang dikasihi... Abah,...  yang banyak pengorbanannya  selama ini, yang tidak putus2 memberi semangat dan menggembirakan hatiku, dikala hati ini sentiasa sarat dengan  kecelaruan, nasihat abah mendamaikan hati meredakan keresahan.

Teringat kenangan lalu, zaman kenakalan kami adik beradik..tercurah juga air mata lelaki itu melihat kami yang pelbagai kerenah, namun  abah sentiasa sabar mendidik kami, tetap sabar menyediakan segala kelengkapan persekolahan kami, sehingga anak mu ini pelik, bagaimana abah sekuat itu menghadapi ragam 8 beradik ini, disamping ekonomi keluarga yang kurang stabil, namun abah berusaha untuk tunaikan kehendak anak2mu.. yang selalunya x faham dengan keletihanmu..

Terima kasih abah yang sanggup menemani malamku di saat sibuk study lewat malam sebab  nak exam, yang berusaha menbeli sebuah kereta semata-mata nak menghantar ku ke matrikulasi suatu ketika dulu, yang sanggup menghantar ku pulang ke universiti di kala ketinggalan bas, yang tidak lena tidur di kala aku mengadu x sedap badan... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, yang mengalirkan sifat kasih sayang kepada seorang insan yang amat kusayangi....berkati usianya, ampunkan dosanya, limpahkan rahmat dan redha-Mu kepadanya...

Abah...
anakmu ini sentiasa mendoakan ketabahan hatimu menempuhi saki baki hidup ini, moga terus mendekatkan diri kepada Tuhan, semoga Allah mempertemukan kita di sana...doakan juga anakmu ini menjadi anak yg solehah yang akan selalu mendoakanmu...

Abah kesayanganku....

Saturday, April 16, 2011

Permulaan sebuah fikiran..

Bermula dengan sebuah fikiran…
Yang punya  jelas arah dan tujuan…
Kembara musafir insan…
Kini di atas titian perjuangan…

Benih subur kian melata…
Dan pucuknya mula bercambah kian berbunga…
Di dasari teguhnya pohon keimanan…
Dedauan kasih sayang merimbun membaluti kehidupan...

Dan bunga itu… terus mewangi…
Hasil keringat mujahid sejati..
Yakin dengan janji hadirnya sebuah pelangi kemenangan…
Dan menikmati izzah sebuah episod perjuangan…

Suatu ketika ranting itu sering diuji…
Dengan tangan yang ingin memusnahi..
Namun bersendikan   ghayah dan hadaf… 
yang bersatu di atas prinsip sebuah perjuangan…
dengan keazaman keteguhan terus dipertahankan…
kesatuan hati dan tindakan mengharap redha Tuhan…

suatu ketika kan tersenyum hati sang pengembara..
helaan nafas lega walau jasad kian lemah..
kerana sebuah persoalan yang dulunya mejadi keresahan..
kini punya bekalan sebagai jawapan…
dan hakikat sebuah kehidupan..
kembali untuk bertemu dalam keredhaan..

Friday, April 8, 2011

TAFAKUR SEORANG HAMBA

Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi

Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana

Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya

Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam

Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa

Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya..

Lagu & Lirik: Hasrizal Abdul Jamil

Usah terlalu memikir hal kecil!!

 salam muhasabah...

 pesanan untuk diri...
 jangan terlalu memikirkan hal2 kecil sehingga kau lupa hal yang lebih besar..
 jangan terlalu memikirkan hal2 kecil sehingga tergendala gerak kerja mu..
 ya, kamu ada emosi dan kamu wanita yang sensitif, 
 tapi gunakan ia dengan cara yang betul,
 sensitiflah terhadap masalah umat, sensitiflah terhada perkara2 munkar..

 wahai diri...
 bermujahadahlah engkau melawan hawa nafsumu,
 mantapkan tarbiyah dan tingkatkan thaqofah,
 kerana engkau bukan siapa2 jika Allah tidak memilihmu..

 wahai diri..
 tahanlah dengan ujian ini, kerana ujian ini adalah nikmat dari-Nya,
 ruang untuk kau muhasabah diri, untuk kau kembali mendekatkan diri pd-Nya,
 wasilah untuk kau perbaiki kesilapan lalu,
 medan untuk kau bermujahadah, kesempatan untuk kau beruzlah..
 wahai diri...
 besarkan jiwamu kerana kau kini berdepan dengan musuh,
 musuh nyata dan tersembunyi, yang memerlukan jiwa yang kental ,
 tidak gentar mengharungi ombak samudera perjuangan, 
 tidak hanyut dilanda badai mehnah , tidak pincang bila digertak....

 wahai diri...
 ayuh , bangun! bangkit! ini medan sebenar untuk kau uji kekuatan jiwa mu....