WELCOME

:: MUSAFIRAH DI DUNIA YANG SEMENTARA ::

MUSLIMAT

Wednesday, October 20, 2010

Jatuh , Bangun , tersungkur kembali...namun bangkitlah wahai mujahidah!

 salam perjuangan buat sahabat yang disayangi..

Benar, jalan ini bukan mudah...jalan ini ialah sunnah perjuangan baginda Rasulullah saw...
Begitu hebat baginda apabila di uji dengan pelbagai mehnah tetap sabar dan istiqamah...
Pedoman ini untuk siapa? bukankah untuk kita, penyambung mata rantai perjuangan Islam...

Benar, iman kita tidak sehebat baginda bahkan para sahabat baginda juga,.. 
Kekuatan iman dan akidah telah memberi satu keyakinan dan kecintaan yang tinggi untuk berkorban di jalan Allah....
hidup terhina tetapi mulia pada pandangan Allah dan Rasulnya....

Sirah Rasulullah mengajar erti perjuangan, pengorbanan dan ketaqwaan...
Mengalirkan semangat untuk meneruskan kesinambungan dakwah...
Mendidik kita untuk selalu berfikir tentang ummah, tentang amanah sebagai hamba Allah...

Namun kita hari ini bagaimana?
khusus untuk diri yang amat dhaif ini,
terasa begitu banyak masa yang berlalu tanpa digunakan untuk perjuangan Islam,
terlalu banyak bicara yang keluar bukan untuk berbincang tentang permasalahn ummah..
terlalu banyak masa dihabiskan untuk memenuhi tuntutan duniawi, membelai permasalahan diri....
terlalu megikut hati dan perasaan , selalu beralasan!

Hinanya diri ini kerana masih mementingkan diri sendiri,
Hinanya diri ini kerana masih kurang beribadah kepadaMU,
Hinanya diri ini kerana pernah berasa lelah dengan semua ini,
Sedangkan ujian ini hanya sekelumit dari apa yang pernah dilalui
junjungan mulia Rasulullah.....
Ujian ini tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya....
 .

Sahabat2 ku yang dikasihi, diri ini memerlukan kalian untuk menasihati, 
menegur segala kekhilafan diri , 
Jangan biarkan aku rasa keseorangan kerana aku memerlukan kalian....
Jadikanlah setiap pertemuan kita kerana Allah, moga  kita kuat untuk berjuang...

Ya Allah, pandulah hati ini menuju redha-Mu,
Hadirkan rasa takutku dengan siksaan-Mu,
Berikan hamba kekuatan untuk bermujahadah di jalan dakwah ini..

Astaghfirullah.............