WELCOME

:: MUSAFIRAH DI DUNIA YANG SEMENTARA ::

MUSLIMAT

Thursday, October 18, 2012

Tarbiyah Itu Indah

                                                Its all about tarbiyah

“tarbiyah is not everthing but everything is nothing without tarbiyah”

“tarbiyah is not everthing but everything begins with tarbiyah” 

TARBIYAH..

Terpulang bagaimana kita melihat dan menilai erti tarbiyah, tapi yang pasti tarbiyah mendidik kita untuk lebih dekat dengan Rabb..

Dan pastinya, setiap didikan Allah itu tidak sia-sia, pasti ada sesuatu yang telah Allah agendakan buat diri kita semua. Namun terpulang bagaimana kita melihat didikan Allah itu sebagai satu ujian, dugaan, nikmat, atau musibah..

And most important thing, sebagai ahli gerakan Islam, kita x bole lari dari mentarbiyah dan ditarbiyah. tidak boleh beralAsan dalam soal tarbiyah, kerana TARBIYYAH tunjang HARAKAH ~~~

                      ~~ ~ Menikmati ujian sebagai satu nikmat adalah OSEM! ~~~              

Sunday, April 22, 2012

:: Bersama Murabbi ::

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah  segala puji bagi Allah masih diberi kesempatan untuk jari-jemariku kembali menulis setelah sekian lama  pena penulisan ini ku tinggalkan..

Moga kesempatan waktu yang diberikan Allah ini dapat kumanfaatkan sebaiknya untuk berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi hasil liqa ilmu bersama murabbi yang dikasih..

Tajuk perbincangan minggu lalu ialah berkaitan tafsiran surah al-hujurat bermula ayat 13-18...( dah habis dah satu surah untuk semester ne..alhamdulillah)

Sangat banyak input yang diperolehi hasil kupasan ustaz, namun mungkin antara yang dapat saya coretkan ialah :

- Ukhwah sangat penting dalam sesebuah organisasi untuk membina kepercayaan pimpinan sesama pimpinan, pimpinan kepada ahli, ahli kepada pimpinan, dan ahli sesama ahli.

- Apabila kita mendengar sesuatu perkara, kita perlu bersangka baik dahulu, dan jangan cepat menghukum berkaitan sesuatu yang kita belum pasti tentangnya.selidik dahulu sesuatu perkara untuk mengetahui kebenarannya.

- Kita tidak boleh mencari-cari kesalahan orang lain, tidak boleh membuka aib orang lain takut-takut  Allah akan membuka  aib kita nanti.

- Allah yang menetapkan kedudukan sesuatu bangsa. Allah juga telah menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa untuk saling melengkapi.bukan untuk bermusuhan. Dan Allah juga yang meletakkan kedudukan manusia, iaitu yang mulia ialah kerana ketaqwaannya. Maka tidak layak untuk berasa sombong sesama manusia.

- Allah telah menetapkan sistem dan undang2 yang tebaik iaitu apa yang telah ditetapkan dalam Alquran dan syariah islam. Jika sistem dan undang2 ini tidak diikuti, pasti akan ada kecacatan yang berlaku.

-Sesungguhnya, Allah yang Maha Bijaksana telah menetapkan Syariatullah dan Sunnatullah  mengikut potensi manusia. Maka, berjalanlah atas peraturan Allah.

-Sekiranya manusia mencari kemuliaan selain dr Islam, maka sesungguhnya dia telah menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan.

-Sesungguhnya IMAN itu bukanlah sekadar angan-angan atau ungkapan indah, tetapi ialah pengakuan dengan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan anggota. Kerana itu, keimanan yang benar akan merefleksikan tindakan.Turun ke medan amal !

-Seterusnya, kita perlulah istiqamah dalam perjuangan dan bermujahadah melawan hawa nafsu. Serendah tahap mujahadah ialah melawan hawa nafsu. Bentuklah diri dengan tarbiyyah imaniyyah dan tarbiyyah amaliyyah.

- Justeru sangat penting untuk kita melawan perasaan TAKUT dengan BERANI untuk berdepan dengan pihak musuh. Perasaan takut itu lahir kerana kita melihat dunia dengan pandangan yang sempit. Sebaliknya untuk mengatasi perasaan takut itu, kita perlu melihat Dunia dengan perspektif AKHIRAT berpandukan Alquran dan Hadis.

- Contohnya yang dapat kita lihat ialah bagaimana keberaniaan anak-anak muda di Palestin yang mana melihat segalanya yang berlaku kepada mereka dengan pandangan Islam. Anak-anak muda Palestin, beratur panjang untuk mendaftarkan diri sebagai pejuang Islam, kerana mereka yakin apalah sangat kehidupan di dunia ini berbanding dengan Nikmat gugur syahid fi sabilillah. Berbeza dgn anak-anak muda Malaysia yang beratur panjang membuang masa untuk menyertai Akademi Fantasi, Mentor, Malaysian Idol, Geng Star, dll bahkan kanak-kanak juga telah didedahkan dgn program realiti TV seperti Bintang Kecil, Idola kecil dll. Sangat berbeza keadaan umat islam Malaysia dan Palestin!!

- Antara cara untuk menjadi berani ialah berkawan dengan orang yang berani- sahabat kita adalah cerminan diri kita.

-Dunia ini akan menjadi hina kepada orang yang yang berjiwa kecil.Iman yang benar akan membentuk kita berjiwa besar dengan melihat dunia dengan pandangan  akhirat. Iktibar dari peristiwa Isra' dan Mi'raj, Rasulullah telah diperlihatkan dengan satu alam yanag sangat  luas,pengembaraan yang sangat luas apabila berjumpa nabi2 terdahulu dan diperlihatkan ttg umat2  tedahulu, balasan azab dan lain-lain lagi. Sekembalinya baginda daripada pengembaraan tersebut, kesannya ialah peristiwa HIJRAH dan baginda menyebarkan ISLAM ke seluruh pelusuk dunia!

- Tedapat satu kisah tentang seorang sahabat yang telah meninggal dan ditempatkan di alam barzakh, meminta untuk diberi peluang untuk hidup dan mati 100x lagi kerana melihat syahid adalah perkara yg bahagia.

- Sesungguhnya kita berjuang bukan untuk Allah tetapi untuk diri kita sendiri kerana Allah itu Maha Kaya dan tidak memerlukan sesuatu.Justeru, jangan sombong dgn keberadaan diri kita dalam saff perjuangan dan jangan berasa Islam akan rugi dengan ketiadaan kita, sesungguhnya jika kita ada @ tiada ISLAM TETAP AKAN MULIA kerana Allah akan menjaga agamaNya. Maka, Allah nak kita mulia dengan Agama-Nya dan perjuangan yang mulia.

- Kalau kita x mahu berjuang, Allah akan mengazab kita dan menggantikan dengan orang yang lebih baik. Kita hanyalah penumpang yang fakir di jalan Allah.

- Jalan untuk mempertingkatkan iman ialah:
   1.belajar
   2. menyaksikan/ berfikir / tadabur
   3. melakukan ibadah

- Untuk  menambah keimanan juga boleh dilakukan dengan gerak kerja kerana Allah. Namun perlu kepada keseimbanagan (tawazun). Aspek pembinaan tidak boleh dicuaikan sama sekali. selalulah merintih di hadapan Allah dan sandarkan segalanya kepada-Nya...

Demikianlah sedikit coretan perkongsian yang dapat saya kongsikan pada hari ini, moga saya diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang diperolehi sebagai ingatan bersama. Terutamanya diri yang dhaif  ini yang masih banyak perlu dipelajari..

siiru ala barakatillah......

~~  JOM MEM''BERSIH''KAN DIRI DARI SIFAT HINA DAN TERCELA ~~
   
-

Tuesday, February 28, 2012

Nota Pesanan Untukku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang..
Di keheningan malam bertemankan alam luas terbentang
Ku panjatkan doa, sujud, bermunajat pada- Nya
Moga Allah terus beri kekuatan buat diri yang dhaif ini
Meneruskan langkah perjuangan mencari erti kehidupan..

Moga dengan segala kurniaan-Nya
Dapatku menghayati erti syukur yang sebenar
Bukanlah dengan jawatan itu suatu yang perlu di banggakan
Bahkan kelak ku takut akan mendapat kehinaan atau penyesalan...

Bukan mudah menempuh medan tarbiyah
Ditemani liku dan duri, ombak dan badai
Andai iman tidak lagi menjadi perisai
Pasti godaan syaitan tidak terlawan...

Ingatlah wahai diri yang hina..
Tugasmu menuntut keikhlasan yang tinggi
sabar, redha dan sentiasa bermujahadah
Ingat kembali janji2 Ar-Rahman di dalam Kalam Agung-Nya
Ganjaran kebahagiaan buat yang beriman..

Bangkitkan semangat juangmu menempuh hari esok,
Kerana Yang Pasti Adalah Sebuah Ketidakpastian....!!!