pasti sekarang dirimu dalam kekusutan,
dengan pelbagai permasalahan yang menduga kesabaran,
ku doakan dirimu tabah, sabar dan redha,
lumrah hidup sebagai pejuang,
pasti pelbagai onak dan duri harus ditempuhi.....
Duhai sahabat...
kembalilah kita memohon diberi secebis kekuatan,
dari Ya Qawiy Yang Maha Kuat,
Ya Basith Yang Maha Melapangkan,
Agar disebalik dugaan dan rintangan ini,
ada tarbiyyah yang dapat kita kutip,
menjadi bekalan dalam hidup kita sebagai seorang daie..
Duhai sahabat yang disayangi,
mereka berdepan dengan pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan,
yang berliku dan menguji tahap kekuatan iman,
sama ada kita sedar atau pun tidak, mahu atau tidak mahu,
jalan ini yang perlu kita tempuhi, ujian sebagai sunatullah..
Duhai sahabat,
ingat x lagi ayat yang pernah kita tadabur bersama,
Al-Quran menjelaskan ujian ini pasti berlaku demi untuk menguji keyakinan dan keimanan seseorang hamba Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Alif, Laam, Miim.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut: 1 – 2)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)
ku akhiri coretan ini dengan ungkapan dari kalam Allah,
sebagai peringatan buat kita bersama terutamya diriku yang amat2 dhaif ini,
ingatlah dengan janji Allah SWT...
"Hai orang orang yang beriman,sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNYa dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagimu apabila kamu mengetahui" As Saff:10-11
moga kita thabat dan istiqamah dalam perjuangan yang mulia ini...
bangkitkan jihadmu wahai para mujahid/ah Islam...